Iftar Jama'ie Pengawas '11

Posted by Khalifah Berbaju Biru / Category:

IFTAR JAMA'IE PENGAWAS 
SELASA (16 Ogos 2011)
Pada hari pertama, yang bertarikh 16 Ogos 2011 bersamaan dengan hari Selasa, para pengawas diminta untuk berkumpul di surau Al-Falah bagi mendaftarkan diri. Program bermula dengan tazkirah pada jam 07.00 malam bersama Ustazah Haryati bt Adni. Ketika slot ini dijalankan, ustazah banyak memberi nasihat dan peringatan tentang tanggungjawab dan amanah yang harus digalas sebagai seorang pengawas.
Pada jam 07.30 malam, azan berkumandang menandakan telah masuk waktu maghrib selaras dengan waktu berbuka puasa. Pengawas berbuka puasa dengan sebiji kurma dan segelas air. Kemudian para pengawas menunaikan Solat Maghrib berjemaah di Surau Al-Falah. Apabila selesai menunaikan Solat Maghrib, pengawas mengambil makan malam di Dewan Makan Asrama SMKSP.
Apabila para pengawas selesai mengambil makan malam, dan sementara menunggu azan Isya' berkumandang, semua pengawas membaca Surah Yassin beramai-ramai. Azan Isya' dilaungkan pada jam 08.30 malam. Solat Isya' dan Tarawih ditunaikan secara berjemaah. Sesudah para pengawas menunaikan Solat Tarawih yang disertai dengan Solat Sunat Witir, pengawas dibenarkan moreh di Dewan Makan Asrama SMKSP.

RABU (17 Ogos 2011)
Pada hari Rabu, 17 Ogos 2011, para pengawas melakukan Qiamullail pada jam 04.30 pagi. Selesai sahaja Qiamullail pada jam 05.30 pagi, semua pengawas bersahur di Dewan Makan Asrama SMKSP. Apabila Azan Subuh berkumandang pada jam 05.50 pagi, pengawas bersiap sedia untuk menunaikan Solat Subuh. Sementara menunggu penceramah yang diundang khas tiba, kami mendengar Kalimatussobah yang disampaikan oleh Ustazah Haryati. Setelah itu, kami menyertai slot bersama Ustaz Azlan dari jam 07.00 hingga jam 10.00 pagi. Program berakhir pada jam 10.30. Ustazah Haryati menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Azlan sebagai tanda penghargaan atas masa yang telah beliau luangkan bersama semua pengawas. Pada jam 10.30 pagi, semua pengawas dibenarkan bergambar bersama Ustaz Azlan sebagai tanda kenang-kenangan.






0 comments:

Post a Comment