
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
HARI PERTAMA (26/05/2011)
Pengawas-pengawas SMK Sungai Pusu telah berkumpul di kantin sekolah pada jam 3:30 petang. Bas tiba di sekolah pada jam 4 petang. Perjalanan ke kem tersebut mengambil masa selama 1 jam lebih untuk tiba ke destinasi.
Setelah semua pelajar tiba di kem, mereka terus meletakkan beg dan barangan mereka lalu pergi ke dewan untuk menunaikan solat fardhu asar dan mendaftar. Apabila semua pelajar telah menunaikan solat fardhu asar, mereka terus menjamu selera di dewan makan selama 30 minit sahaja.
Kemudian, mereka membasuh pinggan dan mengelap meja. Setelah mereka membasuh pinggan dan mengelap meja, mereka terus bergerak ke dewan untuk meneruskan kem motivasi tersebut. Aktiviti pertama yang telah dijalankan ialah berkenalan bersama kakak-kakak dan abang-abang fascilitator.
Apabila selesai aktiviti tersebut, semua pengawas terus ke tandas untuk mengambil wudhuk untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Setelah selesai menunaikan solat maghrib, para fascilitator memberi sehelai “ duit raya” kepada semua pengawas untuk memulakan aktiviti “ ice breaking”.
Pengawas telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing mengikut nilai duit tersebut. Fascilitator telah mengarahkan kami supaya mencipta logo, nama, motto, dan sorakan kumpulan. Aktiviti tersebut mengambil masa yang lama sehingga pukul 12 malam.
Setelah siap menyiapkan tugasan mereka, para pengawas terus naik ke asrama masing-masing dan tidur.
HARI KEDUA (27/05/2011)
Pada pukul 6.30 pagi, pengawas bersedia di dalam surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sesudah menunaikan solat, fascilitator telah mengadakan aktiviti senaman yang diberi nama “taichi”
Selepas bersenam, fascilitator meminta semua pengawas untuk mengemaskini projek mereka. Kemudian, semua pengawas bergerak ke kantin bagi mengambil sarapan pagi selama 30 minit sahaja. Sesudah mengambil sarapan, mereka diminta untuk bergerak ke surau semula.
Sesudah berkumpul di dalam surau, pengawas diperkenalkan dan membuat aktiviti bersama abang-abang fascilitator. Mereka mengajar pengawas supaya menjadi lebih berani dan peka serta berusaha membaiki kelemahan diri. Mereka meminta semua pengawas untuk memberi pendapat tentang personaliti diri masing-masing.
Berakhirnya aktiviti tersebut, abang fascilitator meminta pengawas untuk mempersembahkan sorakan kumpulan masing-masing. Kemudian, pengawas menunaikan solat zuhur secara berjemaah.
Selepas itu, semua pengawas bergerak ke kantin untuk makan tengah hari dan diberi masa selama 30 minit. Sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu asar, abang-abang fascilitator memberi ceramah kepada semua pengawas. Kemudian, semua pengawas menunaikan solat asar.
Pada pukul 5.30 petang pula, aktiviti “ night walk” diadakan sehingga pukul 7.30 petang. Apabila aktiviti tamat, semua pengawas pergi membersihkan diri lalu solat maghrib secara berjemaah.
Selepas itu, penceramah jemputan tiba. Beliau menceritakan tentang kisah Kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau juga menunjukkan pelbagai klip yang menarik. Kemudian pengawas solat isyak berjemaah dan masuk ke dalam asrama masing-masing.
HARI KETIGA (28/05/2011)
Hari ketiga, pengawas menunaikan solat fardhu subuh dan berzikir. Setelah itu, mereka bergerak ke kumpulan masing-masing untuk menonton ‘slideshow’ yang ditayang oleh abang dan kakak fascilitator mengenai Al Fateh.
Seterusnya, pengawas mengamalkan dan mempraktikkan prinsip-prinsip Al- Fateh di dalam kumpulan. Kemudian, abang fascilitator mengadakan satu pertandingan menggunakan kertas.
Apabila semua pengawas menyelesaikan tugas, mereka terus ke kantin untuk sarapan pagi. Selepas itu, semua pengawas masuk semula ke dalam surau untuk meneruskan aktiviti. Seterusnya, abang dan kakak fascilitator meminta semua pengawas untuk membuat piagam bagi pengawas dan membincangkannya.
Pada jam 11 pagi, majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan. Berakhirnya majlis penutup, semua pengawas mengambil pakaian dari asrama masing-masing lalu masuk ke dalam bas untuk pulang ke sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment