Majlis Makan Malam Pengawas '11

Posted by Khalifah Berbaju Biru / Category:

MAJLIS MAKAN MALAM PENGAWAS 

Majlis makan malam lembaga pengawas ini diadakan pada tarikh 25 Oktober 2011 dan bertempat di Dewan Mutiara Bestari, SMK Sungai Pusu. Majlis ini bertemakan pakaian ‘smart formal’ bagi pengawas lelaki dan ‘glamour raya’ bagi pengawas perempuan.

Sesi pendaftaran bagi pengawas ialah pada jam 7.30 malam. Selepas berdaftar, pengawas diminta ke meja yang telah disediakan. Apabila sesi pendaftaran sudah tamat, para tetamu kehormat beriringan masuk ke dalam dewan melalui ‘red carpet’ menuju ke meja VIP.

Kemudian, semua tetamu, guru dan pengawas diminta bersedia untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dan menghayati bacaan ‘Al-Quran’ serta doa. Sesudah mengalunkan ayat suci Al-Quran dan menyanyikan lagu Negaraku, pengerusi majlis menjemput Ketua Pengawas, Mahdi Salwan b. Mohd Sabri untuk memberi ucapan. Dijemput pula tetamu kehormat yang juga merupakan mantan Ketua Guru Pengawas, Ustazah Haryati bt. Adni untuk berucap. Setelah mendengar ucapan ustazah, dijemput pula Y.D.P PIBG, Tn. Hj. Mohd Asri b. Nasir untuk memberi ucapan dan merasmikan Majlis Makan Malam Lembaga Pengawas bagi sesi 2011.

Pada jam 8.30 malam, semua guru dan pengawas dijamu dengan pelbagai jenis makanan. Sambil menjamu selera, beberapa persembahan dipersembahkan kepada tetamu. Cabutan bertuah juga dapat dilaksanakan dengan sempurna. Persembahan bagi setiap tingkatan diselang-selikan dengan cabutan bertuah.

Apabila tamat persembahan, para pengawas tingkatan lima diminta bersedia untuk menerima sijil di atas anugerah khas mereka selama menjadi pengawas di sekolah. Selain itu, pemberian sijil buat Anugerah Pengawas Harapan, Anugerah Pengawas Berkaliber, Anugerah Pengawas Berdedikasi dan Anugerah Pengawas Cemerlang bagi lelaki dan perempuan.

Pada jam 11.00 malam, pengawas tingkatan lima dan tingkatan tiga diminta ke atas pentas untuk bergambar bersama guru-guru dan dijadikan sebagai kenangan. Selepas itu, pengawas diminta ke belakang dewan untuk majlis tukar hadiah dan bersurai. 





0 comments:

Post a Comment